Jangan bersedih,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih,selepas kesusahan pasti datangnya kesenangan. Jangan bersedih, kerana dunia ini tidak layak untuk ditangisi. Jangan bersedih, Allah kan Baik. ^_^ La tahzan,innallaha ma'ana
Thursday, 20 December 2012
"Kisah kehidupan adalah tentang kita sendiri..
Bagaimana kita nakkan kehidupan baik buat kita, maka kita yang kena usahakannya..
Ia tidak berkait dengan orang lain, atau manusia lain, tetapi tentang kita sendiri..
Sekalipun, ada jua Sikap, perangai, perwatakan manusia yang kita rasakan Buruk, benci, tidak suka, terasa hati..
Jangan membencinya, tetapi benci lah sikapnya, perwatakannya yang buruk itu, Dan mudah mudahan kita tidak seperti itu..
Itu adalah tentang kehidupan kita sendiri, tak ada guna kita membencinya, Kerana kita yang rugi nanti, Kerana pasti ada yang membenci kita pula..
Jika nakkan kebaikan, kita yang kena usahakannya kebaikan..
Manusia buat buruk kepada kita, tak rugi pun kita..
Yang rugi adalah, kita yang terpengaruh dengan meninggalkan kebaikan Dan melakukan keburukan sepertinya..
^_^
Nakkan kebaikan untuk diri, usahakannya ke arah kebaikan.."
Friday, 14 December 2012
Manusia tidak terlepas dari Belajar
Manusia itu tidak terlepas daripada 'belajar'..
'Belajar' ini bukan suatu hal yang spesifik, tetapi ia adalah 'umum'..
'belajar' ini tidak semestinya ;
---> di dalam kelas,
---> ada orang mengajar,
tetapi, 'belajar' ini jua adalah 'dari keadaan sekeliling seseorang itu'..
sesuatu yang berlaku di sekeliling kita, sama ada hal duka, hal suka, hal sedih, hal gembira, hal duka,
atau, perangai manusia pada kita, perangai manusia pada orang lain, perangai manusia pada hidupan lain,
dan, seumpamanya,
'mereka itu semua', hal itu semua adalah 'guru' kepada kita secara tidak langsung.. (^_^)
sebab itulah ;
"manusia yang selamat perjalanannya adalah sentiasa dia mengambil pengajaran dan pedoman dari apa yang berlaku disekelilingnya, kerana itulah gurunya yang mendidik dirinya supaya makin matang dan bijak di dalam perjalanan, terutama perjalanan untuk kembali kepada Allah dengan selamat dan aman."
subhanallahu wabihamdih (^_^)
Allah tidak menjadikan sesuatu di sekeliling kita itu suatu hal yang suka-suka sahaja..
tak ada istilah, "Allah melakukan sesuatu perkara itu dengan tiada tujuan", sebaliknya pasti ada tujuan..
cumanya, kadang-kadang akal kita lemah di dalam mentafsir dan memahami apa yang sebenarnya Allah nak tunjukkan kepada kita..
Allah tidak hadirkan sesuatu disekeliling kita itu, untuk kita cacinya, untuk kita hinanya, untuk kita anggap hal-hal yang buruk..
tidak,
tetapi, adalah untuk kita belajar, belajar dengannya, belajar mantafsirnya dengan bijaksana, belajar memahaminya dengan sangkaan baik..
mudah-mudahan Allah tempatkan keadaan sekeliling kepada kita dengan pengajaran yang amat bermakna dan membawa kita ke arah perjalanan yang aman dan selamat ke arah-Nya..
manusia itu terus belajar dan belajar, ia bukan hanya di "universiti", ia bukan hanya di "masjid", tetapi jua kita belajar dari apa yang berlaku di sekeliling kita dan pada kita..
dan amat rugi jika kita tidak mengambil apa-apa pengajaran dan pedoman darinya, kerana Allah tidak jadikan ia sia-sia, sebaliknya ada tujuan yang amat bermakna buat manusia di dalam melangkah di alam dunia ini..
wallahua'lam..
Wednesday, 12 December 2012
Bermacam-macam kisah kehidupan ni..
BISMILLAH...
"Assalamualaikum sahabat,sihat?? seronok menjalani kehidupan seharian..?? Alhamdulillah..kalau kamu semua baik-baik aja :)
jom baca entri ana untuk hari ini :).. lapangkan dada..buka minda..tarik nafas panjang-panjang..oke..
______________________________________________
Bermacam-macam kisah kehidupan ni..
ada kisah yang nak ketawa pun ada, ada kisah yang nak sedih pun ada, ada kisah yang nak tersenyum pun ada, macam-macam..
apa maksud semua ni? apa maksud tersiratnya?
kenapa Allah ciptakan semua ni?
^_^
ia adalah untuk 'menceriakan' kehidupan hamba-Nya..
cuba bayangkan kalau kisah bagi seseorang tu satu je kisah, boring tak?
cuba bayangkan kalau makan nasi kosong je, ok tak?
cuba bayangkan kalau makan lauk ayam kicak aje, ok tak?
hehe, mesti tak ok kan, lama-lama mesti muak..
sebab itu-lah, kita makan nasi pun pelbagai, kadang-kadang lauk ayam, kadang-kadang lauk daging..atau kadang-kadang mee..
itu pun boring lagi, kadang-kadang..muak lagi..
apa yang kurang?
sama juga dengan kisah kehidupan ni, ada pelbagai kisah..suka, duka, gembira, happy, macam-macam..
tapi, walaupun gembira, ada kurang?
apa ya? ('_')''
kurangnya itu adalah "jika hati tidak berhubung dengan Allah."
sekalipun hanya makan, jika tak berhubung dengan Allah, kita akan muak dengan makanan, walaupun makan tu dah lain-lain, dah pelbagai, tapi muak juga..
sebab hati tidak berhubung dengan Allah, maka hilanglah hati yang tenang, yang bersyukur, yang redha..
----> begitu juga dengan kisah kehidupan, walaupun happy macam mana kisah pun, jika hati tak berhubung dengan Allah, ia akan kurang, hilang perasaan yang tenang..
itu yang mahal..
berapa banyak orang yang memiliki kehidupan yang gembira, tetapi tidak tenang?
^_^ sama-sama fikirkan, dan muhasabah..wallahua'lam..
Tuesday, 11 December 2012
SABAR...
Kadang-kadang kita letih untuk memahami orang lain, perasaan orang lain, kehendak atau keinginan orang lain..
Kalau boleh, kita tak hendak bertengkar, marah, geram, Dan seumpamanya..
Maka, kadang-kadang itu kita memilih untuk senyum sahaja..
Tapi sampai bila?
Kita letih dah...letih..letih untuk memahami, letih untuk mengikuti, letih untuk bertolak Ansur..letih yang Amat sangat..
Hurm..^_^
Sabar..
Sabar itu bukan suatu Hal yang hanya diungkapkan di lidah, atau diukir pada kertas..
Tapi ia perlu di lakukan dengan kelakuan, dan keteguhan hati..
Ingatlah..
Sedangkan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam sendiri pun melalui perjalanan kehidupan yang lebih mencabar, lebih menguji, lebih perit, lebih sedih..
Ini kekasih Allah..
Kenapa Allah jadikan Hal seperti ini kepada baginda Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam?
Untuk kita, untuk kita, untuk kita, Allah jadikan..
Supaya kita tidak beralasan di dalam mengharungi kehidupan mencabar, menguji, letih ini dengan SABAR, kerana kekasih-Nya jua melalui dengan sabar, bahkan apa yang dilalui oleh kekasih-Nya lebih jauh cabarannya, ujiannya, keperitannya..
Kenapa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam memilih untuk sabar di dalam melalui semua itu?
Kerana sifat KEKASIH ALLAH itu adalah SABAR..
Jika mahu menjadi kekasih Allah, bahkan ahli Syurga 'kelas pertama', maka sentiasalah bina sabar di dalam segala kelakuan, perbuatan seharian..insya Allah..
First n first n first Hal ini dituju kepada diri ini dahulu tentang ini..ya Allah, tanamkanlah sabar di dalam hatiku, perbuatanku seharian, Amin..
Monday, 10 December 2012
mungkin juga :)
Mungkin --> 'kita' tak dapat untuk memahami hati seorang manusia, apatah lagi untuk memahami hati semua manusia..
Mungkin --> 'kita' sudah berusaha untuk jalani kehidupan dengan baik bersama seorang manusia, sahabat, saudara, teman sekerja, dan lainnya..
Mungkin --> 'kita' rasakan sudah cukup berusaha untuk berbuat baik kepada seorang manusia, sahabat, saudara dan ramai manusia..
TAPI..
Aku tahu --> Aku sudah berusaha untuk memahami hati manusia, sama ada di sekelilingku, dan jauh dari mataku..
Aku tahu --> Aku sudah berusaha untuk jalani kehidupan dengan baik bersama manusia di sekelilingku, dan lainnya..
Aku tahu --> Aku sudah berusaha berbuat baik kepada manusia sama ada di sekelilingku dan lainnya..
keputusannya....
sama ada benar aku memahami,
samada benar aku menjalani kehidupan dengan baik,
sama ada benar aku berbuat baik,
aku serahkan kepada Allah..
usaha, harapan dan doa, mudah-mudahan 'ini' kunci yang bisa menenangkan jiwa dan hati yang tertekan, kecewa dan sedih..
^_^ : Allah tak jadikan sesuatu keadaan kepada hamba-Nya, melainkan Allah mengetahui bahawa hamba-Nya mampu melaluinya, mampu ingat pada-Nya..mudah-mudahan, amin..
catatan : Allah jadikan hati manusia berbeza-beza, sekalipun adik beradik pun, berbeza, kembar 'siam' pun berbeza..maka, apabila hati berbeza-beza, maka berbeza-beza jua perasaan, harapan, tanggapan, impian..mudah-mudahan Allah bisa menyatukan hati-hati ini agar saling memahami, saling menjalani kehidupan dengan baik, saling berbuat kebaikan, amin ya Allah..
~Jujur : Sifat yang paling sukar tapi mahal~
"Setiap kejujuran membawa kemuliaan pada seseorang, manakala setiap ketidakjujuran akan membuat diri terancam.
Hidup dengan jujur pada diri, pada hati, membawa kemuliaan, ketenangan yang luar biasa, hanya hati mampu mengungkapkannya.
Hidup dengan tidak jujur pada diri, pada hati, membuat hati menjadi sesak, membuat diri menjadi lemas, kehidupan yang tidak terurus.
Sebab itulah para ulama' yang soleh, sentiasa mengajar manusia supaya berkata atau lakukan apa sahaja yang diketahui ada manfaat yang baik, dan diam atau tidak melakukan apa sahaja yang tidak diketahui ada manfaat yang baik, apatah lagi tidak melakukan apa sahaja yang diketahui ada keburukan.
hasilnya, manusia sentiasa akan ada padanya sfat jujur, sebab itulah manusia mesti belajar bila untuk berkata-kata, dan bila untuk diam.
Pilihan ditangan kita, kemuliaan yang dikehendaki atau kehinaan/keburukan yang diperolehi"
wallahua'lam..
![]() |
| jom belajar untuk jujur :) |
Sunday, 9 December 2012
'kehidupan' sentiasa 'bertemankan' cinta dan rindu
eh, sajak apa pulak petang petang ni? hehe..
iya, kehidupan sentiasa ada cinta dan rindu..dan mungkin jua kehidupan itu sentiasa ada benci dan dendam..
namun, kehidupan yang bahagia, tenang, suka, adalah sentiasa hatinya ada cinta dan ada rindu..
manakala, kehidupan yang susah, serabuk, duka, adalah sentiasa hatinya ada benci dan ada dendam..
^_^
![]() |
| suka dan duka merupakan rencah kehidupan |
tidak kiralah cinta dan rindu itu di tuju kepada apa sekalipun, sama ada manusia, tumbuhan, binatang, benda dan seumpamanya..
ia tetap menghadirkan kebahagian dan ketenangan kepada seseorang itu..^_^
manakala, jika benci dan dendam itu, kebiasaannya kita bercerita tentang manusia, tetapi sekalipun ia dituju kepada selain daripada manusia, seperti binatang, tumbuhan, benda dan seumpama..
maka hatinya sentiasa serabuk, tidak tenang, duka, sehinggakan ia merasakan 'hidupnya kosong' sahaja.. T___T
ini-lah dikatakan 'pilihan', dan 'usaha'..
mana satu kah kita pilih untuk kita semaikan di dalam hati kita, apakah cinta? apakah benci? dan..apakah rindu? apakah dendam?
![]() |
| manusia diberi pilihan untuk memilih jalan/kputusan yang boleh mendatangkan manfaat kpda mereka |
kemudian pilihan itu tadi, pilih pula untuk usaha tetapkannya, iaitu peliharanya atau kita biarkan ia begitu sahaja..sama ada terus mencintai? terus membenci? dan..terus merindui? terus berdendam?
apakah pilihan dan usaha kita?
dan...paling paling paling utama dan terlebih utama..
cinta dan rindu itu, sama ada kepada manusia atau selainnya, kemanakah sandaran kita? kemanakah pengharapan kita?
adakah hanya kepada manusia itu? hanya kepada selain itu?
atau tidak setakat itu sahaja pengharapan kita..
sebaliknya, cinta dan rindu yang mendalam itu, kita sandarkan pula, kita mengharapkan pula kepada ALLAH, PENCIPTA KEPADA CINTA DAN RINDU..
"ya Allah, jadikanlah cinta ini cinta yang suci, cinta yang Engkau redhai, jadikanlah rindu ini rindu yang menenangkan, rindu yang Engkau sukai.." ^_^ amin ya Allah..
Jika ini-lah 'kemuncak' cinta dan rindu, atau 'pengharapan' yang jujur kepada Pencipta kepada cinta dan rindu, maka..
~~ Cinta dan rindu itu tersemai pada hatimu dengan ketenangan yang luar biasa, bibirmu sentiasa tersenyum, hatimu sentiasa berbunga ~~
^_^ : sedikit nukilan dari hati ini di detik ini..
so..nak buat apa erkk..???
~ Ish, geram betul-lah! asyik cari pasal dengan aku! aku tak pernah pun jadi 'papa-razi' or 'mama-razi' untuk dia, tapi dia asyik nak sebarkan keburukan aku lah, citer pasal aku lah, dah tak der kerja ke???~
hehe..adakah ini yang 'kita' alami apabila berhadapan dengan 'teman-teman' or orang sekeliling yang sentiasa melihat keburukan 'kita', mencari 'isu' tentang 'kita', sentiasa mencari jalan untuk 'menjatuhkan' kita?
________________________________________________________________
(^_^)''
so, apa nak buat? marah dia? terkam dia?
hehe, or..
sabar? buat tak tahu?
ke macam mana ni?
susah kan? hehe..^_^
kalau memilih untuk marah, atau berdendam, atau bergaduh dengan 'dia', ia tidak senang pun, walaupun kelihatan macam senang je, gaduh je kan..tetapi ia sebenarnya membuat hati kita tidak tenang je..^_^
kalau memilih untuk sabar, seperti yang sentiasa orang lain nasihatkan, "ala, kau tak alami, aku yang alami, apa yang kau tahu?", lagi lah tak senang nak buat, tidak semudah diperkatakan..
so, apa nak buat? hehe..
saya TAK TAHU --> apa tindakan, perbuatan teman, 'kamu' apabila berhadapan dengan hal seperti ini..
tapi, BAGI SAYA, apa yang saya sudah lakukan sebelum ini..
seperti 'orang berniaga besi buruk'..
dia datang ke taman perumahan, 'besi buruk! besi buruk! sape ada besi buruk! kami beli dengan haraga berpatutan!", misal kata, hehe..
jadi, kalau semua tak keluar dari rumah untuk menyahut 'panggilan' tu, maka, lepas beberapa kali dia pusing taman tu, dia mesti akan keluar dari taman tu dah..
MAKA, sama juga di dalam hal seperti ini..
orang SENTIASA memperkatakan TENTANG 'kita'..sama ada keburukan 'kita' yang 'mereka' cari untuk 'mereka' perkatakan atau sebarkan, atau kebaikan 'kita' yang 'mereka' pamerkan..atau seumpamanya..
tetap 'mereka' sentiasa akan bercakap pasal 'kita'..
so, usah peduli apa kata mereka..
"ya lah, senang kau kata, kalau kau kat tempat aku, sama je!"
^_^ ya, mungkin sy ni pun akan jadi seperti 'kamu' juga, tapi AKU HARAPKAN aku tidak begitu, amin..
usahalah 'bina' hati yang 'cinta' kepada ketenangan, dengan tidak ambil peduli kata 'mereka', hiduplan dengan aman, yang PENTING ; 'kita' tahu apa yang 'kita' buat itu sama ada salah atau betul..
kata-kata nasihat, berguna, ambil-lah ia untuk 'mencintainya', untuk 'pengetahuan' dan 'pengalaman' buat kehidupan seterusnya..
manakala kata-kata buruk, perbuatan buruk, abaikanlah untuk 'berdendam', untuk 'membenci', kerana 'mereka' tidak tahu hal seperti itu sebenarnya menyebabkan hati 'mereka' tidak tenang sahaja..
^_^
chayok!
aja-aja!
fighting!
hehe..^_^
wallahua'lam..
pagi ini adik punye temu duga.. :)
Assalamualaikum... kawan2...
selamat pagi.. :) ada sihat..??? kalau sihat say : Alhamdulillah kerana di kurniakan kesihatan oleh Allah S.W.T .. :)
ustaz ana kata..pagi2 yang sebegini elok memberi salam kepada orang lain...kerana maksud dalam kita memberi salam itu merupakan satu doa untuk saudara seislam kita...masyaallah..sungguh hebat ajaran baginda Muhammad S.A.W ...hebat..!!!
_________________________________________
macam post lepas yang ana tulis... adik ana yang no 5 tu..hari ini dia pergi ke temuduga..Alhamdulillah... nervous rasanya ni.. hehe..tapi apa-apa hal kena bersabar...
banyakkan berdoa ye dik..:) ana pun sebenarnya tertanya-tanya...macamana agaknya
bentuk temuduga tu yer...(sebab tak pernah berpeluang..keh3)
oke lah..untuk post pagi yang mulia ini...doakan yang terbaik untuk adik ana..amin.. ^_^
Wassalam....
selamat pagi.. :) ada sihat..??? kalau sihat say : Alhamdulillah kerana di kurniakan kesihatan oleh Allah S.W.T .. :)
ustaz ana kata..pagi2 yang sebegini elok memberi salam kepada orang lain...kerana maksud dalam kita memberi salam itu merupakan satu doa untuk saudara seislam kita...masyaallah..sungguh hebat ajaran baginda Muhammad S.A.W ...hebat..!!!
_________________________________________
macam post lepas yang ana tulis... adik ana yang no 5 tu..hari ini dia pergi ke temuduga..Alhamdulillah... nervous rasanya ni.. hehe..tapi apa-apa hal kena bersabar...
banyakkan berdoa ye dik..:) ana pun sebenarnya tertanya-tanya...macamana agaknya
bentuk temuduga tu yer...(sebab tak pernah berpeluang..keh3)
oke lah..untuk post pagi yang mulia ini...doakan yang terbaik untuk adik ana..amin.. ^_^
Wassalam....
Saturday, 8 December 2012
hanya tersenyum...
setelah lama mendiamkan diri... kini barulah "on" balik blog ni.. :)
bersawang jugak blog ni...maklumlah semenjak di kolej ni...susah untuk ber"online"...ececece...
__________________________________________________________________
meh sini ana cerita ...
ana ni merupakan anak sulung dri 7 orang adik beradik ...
maklumlah..sebagai abang yang sulung, tanggungjawab yang dipikul tu memang tinggi...
boleh jadi juga. abang ni kena mainkan peranan juga...pendek kata jadi role model di depan mata mereka...
^__^
alhamdulillah... sejak belajar pengajian Islam ni... ada juga antara adik-adik ana mahu ikut ana...
mula berminat...
adik perempuan ana sudah pun dihantar ke Mahaad Ahmadi Gemenceh.. ^__^.. fuhhh bangge gilerrr..!!
adik lelaki ana yang no5 yang bakal masuk tingkatan 1 juga mahu ke tempat akaknya belajar,,, :)
tapi.. Allah yang menentukan rezeki seseorang itu...mohon-mohon tak dapat kesana T___T..
tapi isnin ni dia pun pergi ke temuduga,,untuk kemasukan semenengah agama... ^__^ dah rezeki hendak
ke sana nak buat macam mana ye dok...ehe..
bangga dengan adik bila abangnya pulang ke kampung cuti semester..nak belajar bahasa arab...Allahuakbar.. mereka lebih hebat dari ana.. ana cuma mampu diam dan tersenyum...
ada pun paksu ana yang sebaya dengan ana pun..ambil undang2 syariah...tak kurang hebatnya.. :)
ilmu dia hebat juga..berbanding dengan ana yang hanya tenggelam timbul sahaja ... T_T
guru mulia pernah berpesan pada ana... "berlumba2lah kamu dalam mengaji ilmu Allah..kerana Allah suka orang yang berlumba2 dalam mencari kebaikan"..
Subhanallahu wabihamdih...
sepanjang ana merenung...hanya senyuman yang ana ukirkan... :)
Wassalam..
bersawang jugak blog ni...maklumlah semenjak di kolej ni...susah untuk ber"online"...ececece...
__________________________________________________________________
meh sini ana cerita ...
ana ni merupakan anak sulung dri 7 orang adik beradik ...
maklumlah..sebagai abang yang sulung, tanggungjawab yang dipikul tu memang tinggi...
boleh jadi juga. abang ni kena mainkan peranan juga...pendek kata jadi role model di depan mata mereka...
^__^
alhamdulillah... sejak belajar pengajian Islam ni... ada juga antara adik-adik ana mahu ikut ana...
mula berminat...
adik perempuan ana sudah pun dihantar ke Mahaad Ahmadi Gemenceh.. ^__^.. fuhhh bangge gilerrr..!!
adik lelaki ana yang no5 yang bakal masuk tingkatan 1 juga mahu ke tempat akaknya belajar,,, :)
tapi.. Allah yang menentukan rezeki seseorang itu...mohon-mohon tak dapat kesana T___T..
tapi isnin ni dia pun pergi ke temuduga,,untuk kemasukan semenengah agama... ^__^ dah rezeki hendak
ke sana nak buat macam mana ye dok...ehe..
bangga dengan adik bila abangnya pulang ke kampung cuti semester..nak belajar bahasa arab...Allahuakbar.. mereka lebih hebat dari ana.. ana cuma mampu diam dan tersenyum...
ada pun paksu ana yang sebaya dengan ana pun..ambil undang2 syariah...tak kurang hebatnya.. :)
ilmu dia hebat juga..berbanding dengan ana yang hanya tenggelam timbul sahaja ... T_T
guru mulia pernah berpesan pada ana... "berlumba2lah kamu dalam mengaji ilmu Allah..kerana Allah suka orang yang berlumba2 dalam mencari kebaikan"..
Subhanallahu wabihamdih...
sepanjang ana merenung...hanya senyuman yang ana ukirkan... :)
Wassalam..
Subscribe to:
Posts (Atom)









