Jangan bersedih,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih,selepas kesusahan pasti datangnya kesenangan. Jangan bersedih, kerana dunia ini tidak layak untuk ditangisi. Jangan bersedih, Allah kan Baik. ^_^ La tahzan,innallaha ma'ana
Wednesday, 12 December 2012
Bermacam-macam kisah kehidupan ni..
BISMILLAH...
"Assalamualaikum sahabat,sihat?? seronok menjalani kehidupan seharian..?? Alhamdulillah..kalau kamu semua baik-baik aja :)
jom baca entri ana untuk hari ini :).. lapangkan dada..buka minda..tarik nafas panjang-panjang..oke..
______________________________________________
Bermacam-macam kisah kehidupan ni..
ada kisah yang nak ketawa pun ada, ada kisah yang nak sedih pun ada, ada kisah yang nak tersenyum pun ada, macam-macam..
apa maksud semua ni? apa maksud tersiratnya?
kenapa Allah ciptakan semua ni?
^_^
ia adalah untuk 'menceriakan' kehidupan hamba-Nya..
cuba bayangkan kalau kisah bagi seseorang tu satu je kisah, boring tak?
cuba bayangkan kalau makan nasi kosong je, ok tak?
cuba bayangkan kalau makan lauk ayam kicak aje, ok tak?
hehe, mesti tak ok kan, lama-lama mesti muak..
sebab itu-lah, kita makan nasi pun pelbagai, kadang-kadang lauk ayam, kadang-kadang lauk daging..atau kadang-kadang mee..
itu pun boring lagi, kadang-kadang..muak lagi..
apa yang kurang?
sama juga dengan kisah kehidupan ni, ada pelbagai kisah..suka, duka, gembira, happy, macam-macam..
tapi, walaupun gembira, ada kurang?
apa ya? ('_')''
kurangnya itu adalah "jika hati tidak berhubung dengan Allah."
sekalipun hanya makan, jika tak berhubung dengan Allah, kita akan muak dengan makanan, walaupun makan tu dah lain-lain, dah pelbagai, tapi muak juga..
sebab hati tidak berhubung dengan Allah, maka hilanglah hati yang tenang, yang bersyukur, yang redha..
----> begitu juga dengan kisah kehidupan, walaupun happy macam mana kisah pun, jika hati tak berhubung dengan Allah, ia akan kurang, hilang perasaan yang tenang..
itu yang mahal..
berapa banyak orang yang memiliki kehidupan yang gembira, tetapi tidak tenang?
^_^ sama-sama fikirkan, dan muhasabah..wallahua'lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment