Jangan bersedih,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih,selepas kesusahan pasti datangnya kesenangan. Jangan bersedih, kerana dunia ini tidak layak untuk ditangisi. Jangan bersedih, Allah kan Baik. ^_^ La tahzan,innallaha ma'ana

Monday, 10 December 2012



~Jujur : Sifat yang paling sukar tapi mahal


"Setiap kejujuran membawa kemuliaan pada seseorang, manakala setiap ketidakjujuran akan membuat diri terancam. 

Hidup dengan jujur pada diri, pada hati, membawa kemuliaan, ketenangan yang luar biasa, hanya hati mampu mengungkapkannya. 

Hidup dengan tidak jujur pada diri, pada hati, membuat hati menjadi sesak, membuat diri menjadi lemas, kehidupan yang tidak terurus. 

Sebab itulah para ulama' yang soleh, sentiasa mengajar manusia supaya berkata atau lakukan apa sahaja yang diketahui ada manfaat yang baik, dan diam atau tidak melakukan apa sahaja yang tidak diketahui ada manfaat yang baik, apatah lagi tidak melakukan apa sahaja yang diketahui ada keburukan. 

hasilnya, manusia sentiasa akan ada padanya sfat jujur, sebab itulah manusia mesti belajar bila untuk berkata-kata, dan bila untuk diam. 

Pilihan ditangan kita, kemuliaan yang dikehendaki atau kehinaan/keburukan yang diperolehi" 

wallahua'lam..


jom belajar untuk jujur :)


No comments:

Post a Comment