Jangan bersedih,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih,selepas kesusahan pasti datangnya kesenangan. Jangan bersedih, kerana dunia ini tidak layak untuk ditangisi. Jangan bersedih, Allah kan Baik. ^_^ La tahzan,innallaha ma'ana

Tuesday, 11 December 2012

SABAR...


Kadang-kadang kita letih untuk memahami orang lain, perasaan orang lain, kehendak atau keinginan orang lain..

Kalau boleh, kita tak hendak bertengkar, marah, geram, Dan seumpamanya..

Maka, kadang-kadang itu kita memilih untuk senyum sahaja..

Tapi sampai bila?
Kita letih dah...letih..letih untuk memahami, letih untuk mengikuti, letih untuk bertolak Ansur..letih yang Amat sangat..

Hurm..^_^

Sabar..

Sabar itu bukan suatu Hal yang hanya diungkapkan di lidah, atau diukir pada kertas..

Tapi ia perlu di lakukan dengan kelakuan, dan keteguhan hati..

Ingatlah..

Sedangkan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam sendiri pun melalui perjalanan kehidupan yang lebih mencabar, lebih menguji, lebih perit, lebih sedih..

Ini kekasih Allah..

Kenapa Allah jadikan Hal seperti ini kepada baginda Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam?

Untuk kita, untuk kita, untuk kita, Allah jadikan..

Supaya kita tidak beralasan di dalam mengharungi kehidupan mencabar, menguji, letih ini dengan SABAR, kerana kekasih-Nya jua melalui dengan sabar, bahkan apa yang dilalui oleh kekasih-Nya lebih jauh cabarannya, ujiannya, keperitannya..

Kenapa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam memilih untuk sabar di dalam melalui semua itu?

Kerana sifat KEKASIH ALLAH itu adalah SABAR..

Jika mahu menjadi kekasih Allah, bahkan ahli Syurga 'kelas pertama', maka sentiasalah bina sabar di dalam segala kelakuan, perbuatan seharian..insya Allah..

First n first n first Hal ini dituju kepada diri ini dahulu tentang ini..ya Allah, tanamkanlah sabar di dalam hatiku, perbuatanku seharian, Amin..

No comments:

Post a Comment