Jangan bersedih,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih,selepas kesusahan pasti datangnya kesenangan. Jangan bersedih, kerana dunia ini tidak layak untuk ditangisi. Jangan bersedih, Allah kan Baik. ^_^ La tahzan,innallaha ma'ana

Saturday, 26 January 2013

Ketika di dalam solah, atau sedang solah, jangan "membina istana", jangan "bercita cita itu dan ini


Ketika di dalam solah, atau sedang solah, jangan "membina istana", jangan "bercita cita itu dan ini"..

^_^ faham? Hehe..

Ada orang, di dalam solah-lah..dia fikir itu, dia fikir ini..

Kalau yang bergaduh dengan makwe, ada yang berfikir di dalam solah ; "kau ingat aku nak sangat kat kau, leh jalan lah", hehe..tu kalau kisah "orang bercinta".,

Kalau yang ada masalah, dan masalah tak selesai lagi, dalam solah-lah, dia "mencari penyelesaiannya", hehe, tapi tak jumpa juga, hehe..ketika dalam solah, "aku rasa patut buat macam ni, hurm, tak lah, macam ni"..

Dan macam macam lagi, kisah yang berlaku ketika solah..^_^

--> kalau ketika solah, kita tak dapat ingat kepada Allah, apakah di luar solah atau ketika tidak solah, kita akan ingat kepada Allah?

Jangan tanya pada orang lain soalan ini, tapi cuba tanya pada diri kita sendiri..

Jawab dengan jujur pada diri sendiri..

Astaghfirullah..

Di sini dah boleh ukur bagaimana hubungan hati kita dengan Allah Subhanahu waTa'ala..

Sebab itu lah, Ketika tidak ada masalah, ketika ada waktu lapang, ketika ada masa bersendirian, ketika duduk di ruang tamu, atau di mana sahaja, atau di waktu apa sahaja, yang ada ruang yang free, cuba usaha penuhkan hati dan minda kita dengan ingatan kepada Allah..

Tidak semestinya kena berzikir dengan tasbih, kena duduk atas sejadah, kena duduk dalam masjid sahaja..

Kalau boleh buat begitu sentiasa, alhamdulillah..

Tapi Islam bukanlah agama yang sukar di lakukan, bukanlah amal ibadah atau perbuatan yang payah dilakukan...

Yang penting, hati, minda dan tubuh kita ada USAHA UNTUK INGAT KEPADA ALLAH..

Tak kisah bagaimana cara, bagaimana kaedah, bagaimana perbuatan, walau di mana berada, kita sentiasa ingat kepada Allah..

Maka hati kita akan sentiasa lapang, akan sentiasa tenang..
Dan sudah tentu solah kita akan lebih tenang dan ingat kepada Allah..

*jika di luar solah, atau ketika tidak solah, kita kurang ingat kepada Allah, maka USAHALAH untuk di dalam solah, ingat kepada Allah.?sama ada menghayati pada setiap bacaan pada rukun solah..ketika solah sendirian, di baca surah al-Fatihah dan surah lain dengan suara yang didengari oleh telinga, kemudian di hayati dengan hati, mudah mudahan hati kita ingat kepada Allah..

Tempiskanlan segala masalah, kisah apa apa pun dari "memasuki" ruang hati dan minda ketika solah..

Solah adalah pertemuan manusia dengan Allah..
Jika dengan pemerintah dunia, raja, sultan, kita begitu berdisiplin, amanah, begitu bersungguh sungguh ketika berhadapan dengan mereka..

Maka, tanya pada tubuh kita, apakah aku lebih memuliakan mereka daripada Allah? Sedangkan Allah telah memberi apa sahaja kepadaku..
Astaghfirullah..

Maka, cuba lah "setia" kepada Allah di dalam solah..

Mudah mudahan, nanti di luar solah, kita jua akan ingat kepada Allah..^_^

Sunday, 13 January 2013

Ya.. Banyak lagi aku perlu belajar.. ^_^

Bismillah...

Alhamdulillah...kerana masih lagi FOKUS dan SETIA membaca blog saya yang tidak seberapa ini.. ^_^

Baru2 ini...banyaklah juga perkara yang saya katakan saya tidak mahu untuk melakukannya..hehe..
tapi Alhamdulillah...
belajar dari pengalaman...ceritanya bermula disini..

Minggu lepas..
di kelas Tarikh Tasyri' yang dikendalikan oleh ustazah Hamidah ^_^..
sedang saya seronok berbual dengan kawan... pengajar saya mengarahkan saya untuk beri tazkirah..
Ya Allah... mulanya agak terkejut...maklumlah yang kita memang tak bersedia apa pun...keh3
pada mulanya saya ini agak membantah...tapi kawan2 pun sudah menggesa saya..

MAKA.. terpaksalah berikan tazkirah dengan keadaan yang tergagap2..hehe..Alhamdulillah..walau dalam gagap itu saya berjaya beri mesej nasihat kepada kawan2...[sebenarnya tazkirah tu ada yang saya tuliskan dalam entri dalam blog ini]

The moral of stories is -----> pada mereka yang hasrat untuk menyampaikan dakwah..perlulah belajar untuk berhadapan dengan orang...bercakap dengan umum...belajarlah dengan sebaris ayat sekalipun lama2 kamu akan berjaya melembutkan lidah kamu mengajak umum kearah kebaikan..tiada manusia itu belajar terus menjadi seorang yang bijak...sedangkan bayi yang baru lahir itu tidak akan teruk belari bermain...sebaliknya dia akan belajar dari meniarap dahulu...subhanallahu wabihamdihi...

pada saya ilmu yang ada itu bukan untuk simpan dan di peram buat jeruk... tapi ianya perlu diberi juga kepada orang lain...itulah hak kita kepada orang lain...^_^
memanglah ilmu itu penting...ilmu itu bukan untuk kita seorang sahaja ye dok..??
umum juga mahu juga merasa..hehe..

WALLAHU'ALAM

Saturday, 12 January 2013

berhadapan dengan mereka yg mnceritakan keburukan orang

Ketika berhadapan dengan beberapa manusia, ada manusia yang datang kepada kita, cerita keburukan orang lain..

Dan apabila bertemu dengan manusia yang lain pula, dia pun ceritakan keburukan orang lain jua..

Maka ketika kita berada di "tengah-tengah" hal ini, sebenarnya apa yang perlu dilakukan?


Kadang-kadang, ada ketika kita 'terikut' rentak mereka, walaupun tidak bercakap panjang, cuma mengiyakan atau mengangguk sahaja..kadang-kadang kita terikut sama..

Astaghfirullah..

Tiba tiba teringat pesanan dari para guru mulia..

Iaitu ;

"Apabila manusia datang kepadamu untuk bercakap tentang perkara yang sia-sia, maka berpalinglah darinya,

Dan apatah lagi jika ia membawa berita atau cerita keburukan tentang seseorang manusia, maka segeralah berpaling darinya,

Kerana bimbang, syaitan akan membawamu pada kemungkaran Allah..

Syaitan itu sentiasa mencari peluang dan ruang untuk membawa dirimu bersamanya ke neraka Allah, nauzubillah,."


^_^

Berpaling disini, bukan membawa makna terus tidak peduli pada manusia yang hadir pada kita, tidak..tetapi senyum lah, dan berpalinglah secara berhikmah dan bijaksana..

Jangan melukakan hati manusia itu, sekalipun apa yang dia biasakan itu berbentuk umpatan ke atau seumpamanya..

Rasulullah Shallalahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam sentiasa mendidik para sahabat untuk berhikmah dan bijaksana ketika berhadapan dengan manusia, bagaimana sekalipun tentangnya, tetaplah berhikmah dan bijaksana di dalam membawa syiar Islam..

Pernah ku dengarkan dari lidahnya al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa :

"Teguran atau nasihat kepada saudara seIslam itu tidak semestinya dengan teguran yang terus, nasihat yang terus kepada halnya, tetapi ia boleh jua dilakukan dengan lemah lembut, berhikmah..da'wah itu ada cara lembutnya dan ada cara kasarnya, maka terserah pilihan mana yang hendak dilakukan, tapi pada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam itu sentiasa ada kelembutannya.."

^_^ ingatlah, berpaling dari perkara yang sia-sia itu jua amal ibadah yang Allah redhai, berpalinglah ia dengan berhikmah, lemah lembut dan bijaksana, tanpa melukakan hati manusia itu..

Wallahua'lam..

Friday, 11 January 2013

Nasihat buat diri ini..^_^




Dari Sayyidina Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu ;

"Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia menyakitkan kamu,
Dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun, nanti dia akan benci padamu."
^_^

ALLAHUMMA SOLLI A'LAA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA AALIHI WA SOHBIHI WASALLIM.. ♥

Jadilah seperti Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam yang sentiasa berhikmah dan bijaksana ketika berhadapan dengan mana mana manusia..

Baginda Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam sentiasa menunjukan sifat dan perwatakan yang baik dan mulia..

Untuk siapa sebenarnya?

Untuk kita contohinya..

Tanya pada tubuh kita, kita nak apa sebenarnya?
Jika kita nak jadi baik, maka pada kisah, perwatakan, tubuh Rasulullah Shallalahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam sudah cukup untuk menjadi arah dan panduan kita menjadi manusia yang baik di sisi Allah Subhanahu SWT...

^_^

Tinggal kita sahaja yang masih berfikir fikir tentang kehidupan kita, sedangkan sudah ada contoh yang terbaik untuk kita ikuti..^_^

Wallahua'lam..

ALLAHUMMA SOLLI A'LAA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA AALIHI WA SOHBIHI WASALLIM.. ♥

Tuesday, 8 January 2013

jom tanamkan satu niat :)

Di permulaan hari yang indah ini..insya Allah..tanamkan satu niat yang indah dan berusahalah bersungguh-sungguh untuknya, amin..

^_^

Jaga-lah lidahmu dari berkata hal yang tidak ada kebaikan padanya..

"Seorang hamba tidak dikatakan bertaqwa kepada Allah, sehingga dia mampu menjaga lisannya."

(dari Sayyidina Anas bin Malik)

Di permulaan untuk memahami pesanan ini, iaitu --> Apa itu 'bertaqwa kepada Allah'?

Sayyidina Ubai bin Ka'ab Radhiyallahu 'anhu pernah ditanya oleh Sayyidina Umar ibnu Khatab al-Faruq Radhiyallahu 'anhu tentang taqwa..

Sayyidina Ubai bin Ka'ab Radhiyallahu 'anhu bertanya kembali ; "Apakah kamu tidak pernah berjalan di tempat yang penuh duri?"

Sayyidina Umar ibnu Khatab al-Faruq Radhiyallahu 'anhu menjawab ; "Saya sangat berhati-hati dan bersungguh-sungguh menyelamatkan diri daripada duri itu."

lalu Sayyidina Ubai bin Ka'ab Radhiyallahu 'anhu berkata ; "itulah Taqwa."

Subhanallahi wabihamdih..

Seorang hamba-Nya yang bertaqwa kepada Allah, antaranya adalah berhati-hati dalam menggunakan lidahnya (iaitu bercakap hal yang baik, dan diam daripada bercakap hal yang tidak baik), dan bersungguh-sungguh menjaga lidahnya daripada kemungkaran Allah Subhanahu waTa'ala..

^_^ ; kurangkan percakapan terutama percakapan yang tidak ada padanya kebaikan, dan perbanyakan senyuman..

^_^

"Selamat datang ya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam.." ♥

ALLAHUMMA SHALLI ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA AALIHI WA SHAHBIHI WASALLIM.. ♥"