Jangan bersedih,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih,selepas kesusahan pasti datangnya kesenangan. Jangan bersedih, kerana dunia ini tidak layak untuk ditangisi. Jangan bersedih, Allah kan Baik. ^_^ La tahzan,innallaha ma'ana
Saturday, 12 January 2013
berhadapan dengan mereka yg mnceritakan keburukan orang
Ketika berhadapan dengan beberapa manusia, ada manusia yang datang kepada kita, cerita keburukan orang lain..
Dan apabila bertemu dengan manusia yang lain pula, dia pun ceritakan keburukan orang lain jua..
Maka ketika kita berada di "tengah-tengah" hal ini, sebenarnyaapa yang perlu dilakukan? Kadang-kadang, ada ketika kita 'terikut' rentak mereka, walaupun tidak
bercakap panjang, cuma mengiyakan atau mengangguk sahaja..kadang-kadang
kita terikut sama..
Astaghfirullah..
Tiba tiba teringat pesanan dari para guru mulia..
Iaitu ; "Apabila manusia datang kepadamu untuk bercakap tentang perkara yang sia-sia, maka berpalinglah darinya,
Dan apatah lagi jika ia membawa berita atau cerita keburukan tentang seseorang manusia, maka segeralah berpaling darinya,
Kerana bimbang, syaitan akan membawamu pada kemungkaran Allah..
Syaitan itu sentiasa mencari peluang dan ruang untuk membawa dirimu bersamanya ke neraka Allah, nauzubillah,."
^_^
Berpaling disini, bukan membawa makna terus tidak peduli pada manusia
yang hadir pada kita, tidak..tetapi senyum lah, dan berpalinglah secara
berhikmah dan bijaksana..
Jangan melukakan hati manusia itu, sekalipun apa yang dia biasakan itu berbentuk umpatan ke atau seumpamanya..
Rasulullah Shallalahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam sentiasa
mendidik para sahabat untuk berhikmah dan bijaksana ketika berhadapan
dengan manusia, bagaimana sekalipun tentangnya, tetaplah berhikmah dan
bijaksana di dalam membawa syiar Islam..
Pernah ku dengarkan dari lidahnya al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa :
"Teguran atau nasihat kepada saudara seIslam itu tidak semestinya
dengan teguran yang terus, nasihat yang terus kepada halnya, tetapi ia
boleh jua dilakukan dengan lemah lembut, berhikmah..da'wah itu ada cara
lembutnya dan ada cara kasarnya, maka terserah pilihan mana yang hendak
dilakukan, tapi pada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi
wasallam itu sentiasa ada kelembutannya.."
^_^ ingatlah,
berpaling dari perkara yang sia-sia itu jua amal ibadah yang Allah
redhai, berpalinglah ia dengan berhikmah, lemah lembut dan bijaksana,
tanpa melukakan hati manusia itu..
No comments:
Post a Comment