Jangan bersedih,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih,selepas kesusahan pasti datangnya kesenangan. Jangan bersedih, kerana dunia ini tidak layak untuk ditangisi. Jangan bersedih, Allah kan Baik. ^_^ La tahzan,innallaha ma'ana
Saturday, 26 January 2013
Ketika di dalam solah, atau sedang solah, jangan "membina istana", jangan "bercita cita itu dan ini
Ketika di dalam solah, atau sedang solah, jangan "membina istana", jangan "bercita cita itu dan ini"..
^_^ faham? Hehe..
Ada orang, di dalam solah-lah..dia fikir itu, dia fikir ini..
Kalau yang bergaduh dengan makwe, ada yang berfikir di dalam solah ; "kau ingat aku nak sangat kat kau, leh jalan lah", hehe..tu kalau kisah "orang bercinta".,
Kalau yang ada masalah, dan masalah tak selesai lagi, dalam solah-lah, dia "mencari penyelesaiannya", hehe, tapi tak jumpa juga, hehe..ketika dalam solah, "aku rasa patut buat macam ni, hurm, tak lah, macam ni"..
Dan macam macam lagi, kisah yang berlaku ketika solah..^_^
--> kalau ketika solah, kita tak dapat ingat kepada Allah, apakah di luar solah atau ketika tidak solah, kita akan ingat kepada Allah?
Jangan tanya pada orang lain soalan ini, tapi cuba tanya pada diri kita sendiri..
Jawab dengan jujur pada diri sendiri..
Astaghfirullah..
Di sini dah boleh ukur bagaimana hubungan hati kita dengan Allah Subhanahu waTa'ala..
Sebab itu lah, Ketika tidak ada masalah, ketika ada waktu lapang, ketika ada masa bersendirian, ketika duduk di ruang tamu, atau di mana sahaja, atau di waktu apa sahaja, yang ada ruang yang free, cuba usaha penuhkan hati dan minda kita dengan ingatan kepada Allah..
Tidak semestinya kena berzikir dengan tasbih, kena duduk atas sejadah, kena duduk dalam masjid sahaja..
Kalau boleh buat begitu sentiasa, alhamdulillah..
Tapi Islam bukanlah agama yang sukar di lakukan, bukanlah amal ibadah atau perbuatan yang payah dilakukan...
Yang penting, hati, minda dan tubuh kita ada USAHA UNTUK INGAT KEPADA ALLAH..
Tak kisah bagaimana cara, bagaimana kaedah, bagaimana perbuatan, walau di mana berada, kita sentiasa ingat kepada Allah..
Maka hati kita akan sentiasa lapang, akan sentiasa tenang..
Dan sudah tentu solah kita akan lebih tenang dan ingat kepada Allah..
*jika di luar solah, atau ketika tidak solah, kita kurang ingat kepada Allah, maka USAHALAH untuk di dalam solah, ingat kepada Allah.?sama ada menghayati pada setiap bacaan pada rukun solah..ketika solah sendirian, di baca surah al-Fatihah dan surah lain dengan suara yang didengari oleh telinga, kemudian di hayati dengan hati, mudah mudahan hati kita ingat kepada Allah..
Tempiskanlan segala masalah, kisah apa apa pun dari "memasuki" ruang hati dan minda ketika solah..
Solah adalah pertemuan manusia dengan Allah..
Jika dengan pemerintah dunia, raja, sultan, kita begitu berdisiplin, amanah, begitu bersungguh sungguh ketika berhadapan dengan mereka..
Maka, tanya pada tubuh kita, apakah aku lebih memuliakan mereka daripada Allah? Sedangkan Allah telah memberi apa sahaja kepadaku..
Astaghfirullah..
Maka, cuba lah "setia" kepada Allah di dalam solah..
Mudah mudahan, nanti di luar solah, kita jua akan ingat kepada Allah..^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment