Jangan bersedih,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih,selepas kesusahan pasti datangnya kesenangan. Jangan bersedih, kerana dunia ini tidak layak untuk ditangisi. Jangan bersedih, Allah kan Baik. ^_^ La tahzan,innallaha ma'ana

Saturday, 2 February 2013

Bahagia.. ♥ ^_^




seseorang telah bertanya kepada Yahya bin Khalid al-Barmaky (wazir kepada Khalifah Hasan al-Basri) :

"Apakah bahagia menurut tuanku?"

jawabnya Yahya bin Khalid al-Barmaky ; "bahagia menurutku adalah seseorang yang sentosa perangainya (baik sikapnya, baik tingkahlakunya), kuat ingatan (bersih mindanya), bijaksana akalnya (sentiasa merenung dan berfikir dengan bijak pada segala perbuatannya), tenang dan sabar menuju maksud (ketika melakukan sesuatu urusan)."

subhanallah, bahagia, indahnya maksudnya..^_^

jika hati kita begitu resah, jiwa kita begitu kacau, minda kita berserabuk..

pertamanya, sentiasalah berusaha untuk bersama dengan orang-orang yang baik, orang-orang yang soleh, para guru yang mulia dan soleh, para ulama' yang soleh, kerana di situ-lah, kita dapat membina diri kita yang baik sikapnya, yang baik tingkahlakunya..

bagaimana kita nak jadi baik jika jauh dengan orang yang baik..^_^

wallahua'lam..

keduanya, hindari dari melihat perkara-perkara yang tidak elok, terutama di zaman IT ini, jangan di lihat kepada "aurat-aurat yang haram bagi kita", kerana penglihatan kepada hal itu menyebabkan minda kita menjadi perlahan, menjadi tidak ingat..

teringat satu kisah yang berlaku kepada seorang Imam yang mulia, hanya kerana "TER-lihat" sehelai rambut wanita yang haram baginya, maka beliau tidak dapat menghafal ayat-ayat suci Al-Qur'an dengan baik seperti biasanya..sehinggalah beliau sedar dan memohon keampunan dan kemuliaan daripada Allah, maka barulah beliau dapat meneruskan hafalannya..

kisah ini bukan penghinaan kepada Imam mulia ini, tetapi kisah ini dipaparkan oleh para ulama' buat kita untuk terus berusaha membina kehidupan yang bersih minda dari perkara tak elok, bersih hati dari perkara yang tidak baik..^_^

bagaimana kita nak jadi baik jika minda dan hati kita tidak baik..^_^

hati yang ada perkara buruk, minda yang ada perkara tidak elok, susah dan sukar untuk dimasuki perkara baik dan perkara mulia..^_^

wallahua'lam..^_^

ketiganya, sentiasa merenung seketika setiap perkara yang hendak dilakukan, kebaikannya dan keburukannya, kemudian setelah di lakukan, sentiasa bermuhasabah..kerana ini lah perbuatan orang -orang yang berjaya, perbuatan orang yang bijaksana..^_^

orang yang berjaya di dunia pun, jadi jutawan atau apa sahaja, ini lah jua caranya..

apatah lagi untuk berjaya di akhirat nanti..^_^

orang yang kurang bijaksana adalah melakukan sesuatu perkara, perbuatan tanpa berfikir, dan membiarkan kesalahan yang dilakukan sebelum ini tanpa bermuhasabah dan pembaikan..^_^

wallahua'lam..

keempatnya, tenang dan sabar di dalam kehidupan seharian..kerana tenang itu hadirnya redha, sabar itu hadirnya syukur..^_^

insya Allah, hati, jiwa dan minda kita serta jasad kita sentiasa BAHAGIA.. ♥