Jangan bersedih,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih,selepas kesusahan pasti datangnya kesenangan. Jangan bersedih, kerana dunia ini tidak layak untuk ditangisi. Jangan bersedih, Allah kan Baik. ^_^ La tahzan,innallaha ma'ana
Saturday, 16 March 2013
Sabar,Sabar,Sabar
Sabar adalah suatu hal yang susah nak buat..
Kadang kadang, kita dah berjaya untuk sabar di luar, kita leh senyum, kita leh bercakap dengan baik, sopan lagi,
Tapi hati kita, jiwa kita, "geram nya aku!" That's right? Hehe..^_^
Memang susah nak sabar..yang kat luar, mungkin kadang kadang boleh..
Tapi yang kat dalam tu, untuk redha menerima ketentuan, untuk dapat menerima segala perbuatan manusia itu, susah amat..
^_^ sebab itu lah, Allah ciptakan Syurga yang mana ada satu pintu yang dikhaskan untuk memanggil, "wahai hamba Allah yang sabar, masuklah engkau melalui pintu ini untuk ke syurga yang mulia.."
Masya Allah..
Susah itu lah yang bernilai..^_^
Jangan berhenti untuk sentiasa berusaha bersabar di dalam segala apa pun kisah kehidupan, sikap manusia, atau selainnya..
Sesungguhnya Allah sentiasa ada untuk hambaNya yang inginkan pertolongan, pohon lah pada Allah,
"Ya Allah, tetapkan lah hati ini dengan sentiasa sabar di dalam apa jua yang Engkau ciptakan buatku, amin.."
^_^
Friday, 15 March 2013
"kisah cinta"..
Kita masing masing mempunyai "kisah cinta"..
Sama ada kisah cinta itu berakhir dengan kebahagiaan, atau pun berakhir dengan keperitan..
Walau apa pun episod atau kesudahan kisah cinta itu,
Tanya pada diri kita, ketika kita bercinta, bagaimana hubungan kita dengan Allah?
Ini satu soalan yang paling penting daripada soalan soalan yang lain..
Kerana walau macam mana kita lalui kisah cinta kita itu, jika hubungan kita dengan Allah bertambah baik, dari masa ke masa, hubungan kita bertambah baik dengan Allah,
Jika sedih atau berpisah sekalipun, kita masih mampu untuk tersenyum,
Kerana kita percaya bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Penyayang, Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..
Jika bahagia sekalipun pula, kita tidak terlalu gembira,
Kerana kita percaya bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Penyayang, Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..
Cinta itu tidak boleh dipaksa, dan tidak boleh dipinta,
Ia hadir dengan tiba tiba, ia pergi jua dengan tiba tiba,
Tidak pernah meminta, dan tidak pernah dipinta..
Maka USAHALAH latih hati, jiwa supaya sentiasa dekat dengan Allah, sentiasa ingat pada Allah, sentiasa solah jangan tinggal, masjid jangan tinggal,
Insya Allah, Allah akan mengurniakan cinta yang lebih baik, kisah cinta yang lebih indah..
Kisah cinta yang ada kini, tidak perlu di pisahkan,
Atau kisah cinta yang baru sahaja tiada kini, tidak perlu ditangisi meronta ronta,
Sebaliknya binalah hubungan dengan Allah yang lebih kerap, lebih banyak masa bersama Allah, Insya Allah, kisah cinta yang ada kini akan dibawa ke arah keredhaanNya, dan kisah cinta yang baru terputus itu kini akan di bawa ke arah hati yang lebih redha dan syukur..
^_^
Wednesday, 13 March 2013
Kisah Kehidupan
Hidup ini dipenuhi pelbagai ujian, kisah..^_^
ada kisah cinta, ada kisah suka..^_^
ada juga kisah duka, kisah sedih, kisah pilu..T__T
namun segala-galanya adalah kurniaan Allah buat hamba-Nya, untuk apa kurniaan itu?
untuk membawa hamba-Nya kembali mencintai-Nya dan berterusan mencintai-Nya..
... Mungkin dengan ujian yang sedih, kisah yang duka, kamu katakan Allah tidak sayangkan kamu, kamu katakan Allah zalim kepada kamu..T__T
Jangan begitu..
Allah tidak zalim! Allah tidak jahat!
tetapi Allah sayangkan kamu..^_^
ketahuilah, jika ayah kamu merotan kamu, mencubit kamu, kerana untuk menegurmu, menegur kesalahanmu, maka itu bukan dikatakan 'tidak sayang, bukan dikatakan 'zalim'..tetapi itu-lah tanda ayah sayangkan kamu..kerana jika dia tidak sayang, dia akan membiarkan kamu terus-terusan melakukan kesalahan, maka hal ini lebih-lebih lagi zalim..astaghfirullah..
maka, ketahuilah, Allah lebih sayangkan kamu..
hadirnya ujian, kisah duka itu adalah teguran dari Allah, mungkin kamu sebelum ujian itu, sebelum kisah duka berlaku itu, kamu lalai! kamu leka dengan kehidupan kamu! kamu lupakan-Nya! kamu jauh dari-Nya!
maka dengan hadirnya ujian itu, kisah duka itu, hatimu teringat akan Allah, barulah mencari-cari Allah, barulah bermohon dan menangis kepada Allah..
"Ya Allah, betapa berat ujian ini ya Allah."
baru-lah menangis dan bertemu dengan Allah..
jawab Allah kepada malaikat ; "engkau menjadi saksi, bahawa hamba ini Aku kasihkannya, dan Aku cintakannya."
Subhanallahi wabihamdih, betapa sayangnya Allah kepada hamba-Nya, melebih sayangnya makhluk di antara makhluk-Nya..
sentiasa pintu rahmat dan kasih sayang-Nya terbuka luas buat hamba-Nya..T____T
Subhanallahi wabihamdih..
maka, kembalilah kepada Allah..walau apa pun berlaku, Allah tetap sayangkan kamu, Allah tetap rindukan kamu..T___T
♥ Subhanallahi wabihamdih..

Subscribe to:
Posts (Atom)