Jangan bersedih,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih,selepas kesusahan pasti datangnya kesenangan. Jangan bersedih, kerana dunia ini tidak layak untuk ditangisi. Jangan bersedih, Allah kan Baik. ^_^ La tahzan,innallaha ma'ana

Wednesday, 13 March 2013

Kisah Kehidupan

Hidup ini dipenuhi pelbagai ujian, kisah..^_^
ada kisah cinta, ada kisah suka..^_^

ada juga kisah duka, kisah sedih, kisah pilu..T__T


namun segala-galanya adalah kurniaan Allah buat hamba-Nya, untuk apa kurniaan itu?

untuk membawa hamba-Nya kembali mencintai-Nya dan berterusan mencintai-Nya..

... Mungkin dengan ujian yang sedih, kisah yang duka, kamu katakan Allah tidak sayangkan kamu, kamu katakan Allah zalim kepada kamu..T__T

Jangan begitu..

Allah tidak zalim! Allah tidak jahat!

tetapi Allah sayangkan kamu..^_^

ketahuilah, jika ayah kamu merotan kamu, mencubit kamu, kerana untuk menegurmu, menegur kesalahanmu, maka itu bukan dikatakan 'tidak sayang, bukan dikatakan 'zalim'..tetapi itu-lah tanda ayah sayangkan kamu..kerana jika dia tidak sayang, dia akan membiarkan kamu terus-terusan melakukan kesalahan, maka hal ini lebih-lebih lagi zalim..astaghfirullah..

maka, ketahuilah, Allah lebih sayangkan kamu..
hadirnya ujian, kisah duka itu adalah teguran dari Allah, mungkin kamu sebelum ujian itu, sebelum kisah duka berlaku itu, kamu lalai! kamu leka dengan kehidupan kamu! kamu lupakan-Nya! kamu jauh dari-Nya!

maka dengan hadirnya ujian itu, kisah duka itu, hatimu teringat akan Allah, barulah mencari-cari Allah, barulah bermohon dan menangis kepada Allah..

"Ya Allah, betapa berat ujian ini ya Allah."

baru-lah menangis dan bertemu dengan Allah..

jawab Allah kepada malaikat ; "engkau menjadi saksi, bahawa hamba ini Aku kasihkannya, dan Aku cintakannya."

Subhanallahi wabihamdih, betapa sayangnya Allah kepada hamba-Nya, melebih sayangnya makhluk di antara makhluk-Nya..

sentiasa pintu rahmat dan kasih sayang-Nya terbuka luas buat hamba-Nya..T____T

Subhanallahi wabihamdih..

maka, kembalilah kepada Allah..walau apa pun berlaku, Allah tetap sayangkan kamu, Allah tetap rindukan kamu..T___T

♥ Subhanallahi wabihamdih..

1 comment: