Jangan bersedih,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih,selepas kesusahan pasti datangnya kesenangan. Jangan bersedih, kerana dunia ini tidak layak untuk ditangisi. Jangan bersedih, Allah kan Baik. ^_^ La tahzan,innallaha ma'ana

Friday, 12 April 2013

jangan takut untuk berubah menjadi baik..


^_^

Apabila kita nak menjadi baik, kita bimbang, orang lain akan mengejek kita, akan lari daripada kita..
^_^

Sebenarnya,
Apabila kita ke arah menjadi baik, sememangnya akan berlaku, ada kawan yang menjauhi kita, tak suka dengan perubahan kita, 
"Tak rock lah bro macam ni!"
^_^

Tapi sebenarnya, kita salah mentafsir perancangan Allah..

Allah dah jelas mengatakan, "apabila hamba Ku memilih untuk menjadi baik, maka akan hadir di sekelilingnya orang yang baik.."

Maksudnya disini,

Yang menjauhi kita itu, mungkin sahaja mereka yang Allah nak 'tapis' bahawa dia tak boleh menjadi kawan kita ke arah kebaikan..

Tapi jangan bersangka buruk kepada dia pula, doakan kebaikan buat sahabat kita itu..
Sebaliknya, untuk bersangka baik dengan Allah,
Seorang demi seorang meninggalkan kita di ketika kita ke arah menjadi baik, 

Sudah semestinya, kita akan mendapat 'kawan baru' yang 'menemani' kita ke arah menjadi baik..

Sama ada, 'kawan baru' itu benar benar kawan baru yang kita tak kenali, atau kawan yang dah sedia kita baik dan kenali tapi dia pun berubah menjadi baik seperti kita..
^_^

So, jangan takut untuk berubah menjadi baik..

Kerana Allah sentiasa 'menjaga' hamba Nya yang nak jadi baik, dengan Dia menghantar 'kawan-kawan' kita yang baik baik untuk menemani kita terus istiqomah menjadi baik..

Chayok! Hehe..

I Love u all my friend..

No comments:

Post a Comment