Jangan bersedih,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih,selepas kesusahan pasti datangnya kesenangan. Jangan bersedih, kerana dunia ini tidak layak untuk ditangisi. Jangan bersedih, Allah kan Baik. ^_^ La tahzan,innallaha ma'ana
Friday, 12 April 2013
Mengenang kembali..
Ada seseorang bertanya kepada Tuan Guru Muhammad bin Idris Bukit Abal di dalam majlisnya semalam,
"Adakah kita boleh sampai ke maqam Nabi dengan kita beramal bersungguh sungguh?"
Tersenyum tuan guru mulia ini ketika di alukan soalan ini, lalu beliau menjawab,
"Tidak ada sesiapa yang boleh mencapai maqam Nabi dan Rasul Allah kerana pengakhiran Nabi dan Rasul Allah itu adalah Nabi dan Rasul kita iaitu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam..
Walau macam mana kita kuat beramal ibadah, siang dan malam, habis satu dunia kita menuntut ilmu, semua amal ibadah kita lakukan,
Kita tetap tidak akan mencapai maqam Nabi dan Rasul,
Kerana Nabi dan Rasul Allah itu 'dipilih' oleh Allah, dan ia sudah pun di akhiri oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam..
Dan jika ada lagi sesiapa yang mengaku Nabi dan Rasul selepas itu, maka dia telah melakukan sesuatu yang dimurkai Allah dan akan di azab oleh Allah, kerana ini berkait dengan aqidah kita sebagai muslim..
Ada pun mengenai wali Allah..
Seseorang itu boleh berusaha untuk mencapai maqam wali Allah, tetapi ia harus bagi Allah untuk mengurniakannya atau pun tidak,
Kerana wali Allah itu 'dikurnia' oleh Allah, berbeza dengan Nabi dan Rasul, kerana ia 'dipilih' oleh Allah..
Tapi, walau tak menjadi wali pun, amal ibadah yang dilakukan itu ada ganjaran di sisi Allah, ada anugerah mulia di sisi Allah..
Kerana kita beramal ibadah bukan nakkan menjadi wali Allah, tetapi nakkan keredhaan Allah..
Ada pun 'dikurnia' sebagai wali Allah itu, ia harus bagi Allah untuk diberi kepada mana mana hamba-Nya yang soleh yang Dia kehendaki..
Jadi, berusahalah keluarkan diri kita dari golongan jahil kepada golongan yang soleh, berusaha menuntut ilmu dari para guru yang soleh, berusaha beramal ibadah dengan panduan yang soleh, dan jika dapat di pimpin oleh murabbi arwah, itu lebih menakjubkan, kerana ia dapat membina roh seseorang itu lebih taat dan cinta kepada Allah.."
Wallahua'lam..
^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment