sebelum ana pulang ke tempat belajar, sempat pula ana menulis, hehe.. walaupun sedikit...
moga-moga ianya bermanfaat :)
-
seorang manusia tidak akan terlepas daripada ;
1-- Pandangan manusia,
2-- Percakapan manusia,
3-- Perbuatan manusia,
4-- Penilaian manusia,
dan seumpamanya..
Sama ada pandangan itu sinis atau pujian, sama ada percakapan itu sindiran atau nasihat/mutiara kata, sama ada perbuatan itu khianat/membantu, sama ada penilaian itu negatif atau positif..
dan seumpamanya..
Memang kita tidak akan terlepas dari perkara ini, maka Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم telah meninggalkan 'bekalan' yang bernilai buat umatnya untuk mengharungi hal sebegini,
yakni TAHU, SABAR dan SYUKUR..^_^
Tahu disini bermakna kita menyedari bahawa gerak geri perbuatan kita, apa yang kita lakukan adalah sedang berjalan atau berusaha berada di jalanan keredhaan/kecintaan Allah Subhanahanu waTa'ala..
Tahu disini juga bermakna kita menyedari bahawa pada tubuh kita masih banyak kekurangan, maka kita berusaha untuk menyempurnakannya dengan sebaiknya, berharap kepada pencipta Yang Maha Agung..
kemudian, apabila kita memilih untuk bergerak ke arah keredhaan-Nya, menyempurnakan segala kekurangan sebaiknya, maka sudah pasti adanya halangan (sindiran/perli/marah/ujian atau seumpamanya), maka pilihlah untuk bersabar..^_^
kemudian, sepanjang kita harungi dengan bersabar itu, sentiasalah kita bersyukur (iaitu berterima kasih kepada Allah) kerana Allah telah menunjukkan kepada kita apa itu keredhaan-Nya/kecintaan-Nya sehingga kita berusaha melangkah, dan bersyukur jua kerana masih mengurniakan sabar kepada tubuh untuk terus melangkah ke arah-Nya..
maka ingatlah, Allah sedang memerhati gerak geri kita, dan Allah Subhanahu waTa'ala Tuhan Yang Maha Adil, tidak ada sia-sia pada segala usaha yang diri kita lakukan, dan Dia lebih mengetahui dari segala-galanya..
wallahua'lam..
P/S: jikalau ada kelapangan..ana akan menulis jazakumullahu khaira katsira wajazakumullahu wa ahsanal jaza'
Jangan bersedih,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih,selepas kesusahan pasti datangnya kesenangan. Jangan bersedih, kerana dunia ini tidak layak untuk ditangisi. Jangan bersedih, Allah kan Baik. ^_^ La tahzan,innallaha ma'ana
Tuesday, 25 June 2013
Kisah Pengembara
Kehidupan ini ibarat sang pengembara yang mengembara..tiada persinggahan yang tetap buatnya, dia terus mengembara dan mengembara..sehinggalah bertemu dengan jurang yang lebar, tidak diketahui penghujungnya, jurang yang 'misteri', yang dalam, tidak diketahui kesudahannya..
begitulah kehidupan kita sebagai manusia, lebih-lebih lagi berada dalam ni'mat yang mulia, iaitu beriman kepada Allah..
kehidupan ini perlu diteruskan, jika tewas kepada nafsu, bangkit kembali, jangan akur dengan kalah itu, ia hanyalah persinggahan untuk dikutip pengalaman..
semua dari kita melalui kesilapan dan kesalahan, dan orang yang bijak adalah mengambil kesilapan dan kesalahan itu sebagai pengajaran buatnnya untuk lebih dewasa dan matang dalam meneruskan perjalanannya..
sehinggalah perjalanan itu menemui jurang 'misteri', iaitu kematian..maka tamatlah perjalanan si pengembara..
subhanallahi wabihamdih..

Sunday, 23 June 2013
Jangan Segan Nak Ajak Kepada Kebaikan
Benar, kadang kadang di Facebook ni, ramai yang berkata kebaikan, ramai yang "picture profile"-nya baik, bertudung labuh lah, berserban lah..dan pula, Facebook nya sentiasa di penuhi dengan sharing kebaikan, mengajak manusia ke arah kebaikan..
Tapi bila kat luar, bila terjumpa kat luar, "alamak, jauh panggang daripada api", hehe..misal kata..
Bagi saya, saya sendiri pun banyak yang tak betul, sering buat salah, buat silap, sering berdosa, sering buat dosa,
Tapi setiap kali saya ada "ilham" (hehe..) untuk menulis, untuk menaip, untuk sharing apa apa, saya sendiri akan "terfikir", akan "terasa" dengan setiap apa yang saya tulis, yang saya taip, yang saya sharing..
"Apa aku ni?? Ajak orang buat baik, kata itu baik, ini baik..jangan buat jahat..tapi aku ni? Baik sangat ke?"
Dengan sendirinya, saya muhasabah diri saya..dan mudah mudahan saya dapat menjadi baik, lebih baik dan lebih baik, Insya Allah..
Harapan saya, dan sentiasa saya doakan kepada Allah, "ya Allah, jika jasad ini sentiasa membuat dosa kepada-Mu ya Allah, jika hati ini sentiasa membuat dosa ya Allah, ampunkan aku ya Allah..ampunkan aku ya Allah..satu sahaja yang aku pinta dari-Mu ya Allah, jangan padamkan cahaya hidayah san taufiq untuk taat dan beriman kepada-Mu ya Allah, amin.."
Sesungguhnya padamnya hidayah dan taufiq dari Allah kepada seseorang hamba-Nya, maka itu lah yang paling malang, paling buruk, kerana kita tidak lagi mampu untuk kembali kepada Allah, jika tidak diizinkan-Nya..
Astaghfirullah..
Maka, jika kita buat dosa, ada buat dosa, ada buat maksiat, ada kelakuan buruk..
Jangan segan untuk bercerita kebaikan, mudah mudahan dengan asbab kita sentiasa menasihati manusia lain, mudah mudahan kita jua "dinasihati", Insya Allah..
Sama sama kita muhasabah diri, dan berusaha berubah dari buruk kepada baik, kepada lebih baik, kepada sangat baik, Insya Allah..

Saturday, 22 June 2013
Kembalilah Berharap Kepada Allah
"Jika kamu hendakkan sesuatu, kembalilah berharap kepada Allah..
manusia itu hanyalah boleh berusaha dan berusaha, tetapi penentunya adalah dari Allah..
maka amat malang bagi manusia yang terus-terusan berusaha di dalam urusannya, tetapi tidak ia kembalilah kepada Allah, tidak ia hubungkan dengan Allah..
sekalipun urusannya itu berjaya, maka ketahuilah itu merupakan suatu tanda hatinya semakin jauh dari Allah, mungkin sahaja itu merupakan istidraj (iaitu keadaan yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya untuk semakin jauh dari-Nya, nauzubillah)..
maka janganlah kamu memilih untuk berusaha tanpa berhubung dengan Allah..
sentiasalah berhubung dengan Allah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama hamba-Nya yang ingin berhubung dengan-Nya..
dan pesan para guru mulia :
"jika kamu inginkan sesuatu yang teliti, maka pintalah kepada Allah dengan teliti, sesungguhnya Allah amat dekat denganmu, maka kenapa kamu tidak mendekatinya?"
dari guru mulia, al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa :
"jika seseorang yang meminta kepada Allah, senang kehidupannya, maka pintalah bersamanya jua selamat kehidupannya..kerana kehidupan yang senang tetapi cacat misalnya, maka tidak selamat kehidupannya itu, maka pintalah kepada Allah dengan teliti, kerana Allah sukakan hamba-Nya yang sentiasa berbicara dengannya seperti meluahkan sepenuh hatinya.."
alhamdulillah, Allah Tuhan Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang..

Thursday, 20 June 2013
Di antara 2 Pilihan. Manakah yang aku akan pilih ?
Dunia adalah tempat pilihan kepada manusia..^_^
Pilihan 1st ; berusaha menjadi manusia yang sebenar-benarnya cinta kepada Allah.
Pilihan 2nd ; terus-terusan leka dan lalai dalam keni'matan dunia.
^_^ apakah pilihan kita?
Firman Allah Subhanahu waTa'ala :
yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran".
(Surah al-Ashr, ayat 1-3)
Allah kurniakah ni'mat, rahmat kepada manusia bukan untuk melalaikan manusia, merugikan manusia, tetapi untuk memberi kekuatan kepada manusia agar menjadikan ni'mat dan rahmat itu 'jalan' mengenali-Nya dan menyemai perasaan cinta kepada-Nya..
dan, amat rugi lagi malang bagi manusia yang menjadikan ni'mat dan rahmat kurniaan Allah itu sebagai alasan buatnya untuk menjadi manusia terus-terusan lalai dan leka sehingga hatinya tidak 'berdenyut' perasaan cinta kepada Allah..
astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah..
Pilihan di tangan kita, kerana dunia adalah tempat membuat pilihan..
kelak, bermula di alam kubur sehingga ke alam akhirat, TIADA LAGI PILIHAN BUAT KITA..
astaghfirullah, subhanallahi wabihamdih..wallahua'lam..
Dunia dan akhirat
Dunia dan akhirat adalah dua tempat, dua alam yang berbeza..
Dunia <-- tempat kita melangkah, tempat kita mengenal Allah, tempat kita menghambakan diri kepada Allah, tempat kita bermuhasabah diri, tempat kita berusaha kembali kepada Allah di dalam keredhaan-Nya..
Akhirat <-- langkah kita sudah berhenti, tempat kita diumumkan apakah kita hamba-Nya yang mengenali-Nya atau sebaliknya, tempat kita dimuliakan atau diseksa, tempat di perlihatkan kita Ahli Syurga atau Ahli Neraka
maka, KINI KITA DI DUNIA, jangan berhenti :
--> selagi tidak kenal Allah.
--> selagi bergelar hamba-Nya.
--> selagi TIDAK MATI (kerana mati adalah pemisah di antara dunia dan alam seterusnya)
------------> selagi tidak mengetahui apakah kita Ahli Syurga atau Ahli Neraka..T____T

Wednesday, 19 June 2013
Ucaplah Syukur Pada-Nya
Apabila kita mengatakan kehidupan kita paling sedih, paling duka, paling kecewa, paling pedih, paling buruk........
Tapi, cuba kita pandang kepada kehidupan manusia lain di sekeliling kita,
Nescaya kita akan melihat, ada ramai lagi manusia yang kisah kehidupannya sedih, duka, kecewa, pedih, buruk........
Berbanding kita, yang mungkin lebih gembira, bahagia, suka, tenang, baik..........daripada mereka..
Maka, lafazkan lah syukur kepada Allah..
Kerana Allah telah tempatkan kita dalam kalangan hamba-Nya yang disukai-Nya..
Begitulah yang diajar oleh para ulama'..
Apabila kamu merasakan diri kamu paling hina kehidupanmu, maka pandanglah pada kehidupan manusia yang lebih hina darimu, nescaya kamu ketahui, kamu sebenarnya mulia,
Dan, PALING DIHARAPKAN, mulia di sisi Allah, bahagia disisi Allah.

Monday, 17 June 2013
Tenangkan Diri mu
sahabatku, temanku..
Jika fikiranmu pening dengan pelbagai masalah, dugaan..jika perasaanmu serabut dengan pelbagai kisah duka dan menyedihkan..
Ambillah wudhu, dan solat lah..kerana di situ ada ketenangan bagi fikiranmu dan perasaanmu..
Dan kemudian, selepas solat, duduklah bersila di atas sejadah walau seketika, Insya Allah, Allah akan menenangkan dirimu..
"Barangsiapa yang membantu agama Allah (seperti solat fardhu buat), maka Allah akan membantunya.."
Bantuan Allah itu, kamu akan perolehi jika kamu ikut perintahNya..
Cuma, kita sahaja tak tahu bagaimana bantuan Allah itu..
Contoh, kita ada masalah hutang, jika kita sentiasa ikut perintah Allah, solat fardhu sentiasa, Insya Allah, Allah akan bantu, cuma kita sahaja tak tahu bagaimana bantuan Allah itu..
Just sangka baik dan percaya pada-Nya, maka Allah akan membalas sangka baik hamba-Nya itu...
"Semakin tinggi sangkaan baik mu kepada Allah, semakin tinggi kedudukanmu dan kemuliaanmu yang Allah berikan.."

Wednesday, 12 June 2013
Senyum
Tiada hiasan yang paling indah dan menenangkan iaitu hanya dengan senyuman..
Orang yang paling benci kepada kita sekalipun, jika kita always smile, apabila bertemu dengannya, "selisih" dengannya, Insya Allah, sekalipun mungkin pada mulanya, wajahnya masih "serius", masih masam mencuka..
Tapi pasti hatinya tenang dan aman..
Mudah mudahan dia pula boleh membalas senyuman kita seperti saudara yang saling sayang menyayangi..
Seperti iklan popular, "senyum tak perlu kata apa-apa"
Apabila kita bermusuh dengan seseorang, saudara seIslam, kata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam..
"Bukan umat ku, mereka yang tak bertegur sapa sehingga melebihi 3 hari."
Semua tahu hal ni kan..
Tapi ramai "tak mampu" nak bertegur sapa dengan "musuh"..
Bertegur sapa itu umum, just smile pun its ok..
Senyuman itu "tegur sapa" tanpa suara tapi dah memberi seribu satu makna yang damai dan menyenangkan..
Nak jadi umat Nabi Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam kan? Tapi ada orang yang kita benci, kan?
Jom always smile dengan sesiapa pun, terutama buat orang yang paling kita tak suka..hehe..
Chayok! Hehe..
Tuesday, 11 June 2013
JOM JADI BAIK ^^
Kita bukan orang baik, banyak salah yang kita buat, banyak dosa yang kita buat,
Tapi, Allah masih memberi peluang kepada kita iaitu dengan mengurniakan kehidupan, nyawa, nafas kepada kita di hari ini..
Walaupun kita bukan orang baik, sebelum ini..jangan bimbang, kita leh pilih untuk ubah, dari bukan baik kepada baik..
Mari kita usahakan ;
1- dampingi orang baik (berkawan dengan orang baik)
2- tiru sikap yang baik dari orang baik
3- sentiasa minta pertolongan dengan Allah (minta doa kepada Allah supaya di tetapkan hati ke arah kebaikan)
Ini kali lah --> kita jadi baik, ubah yang tak baik..

Thursday, 6 June 2013
Amalan
Walaupun kita berjaya terbang tinggi ke awam, walaupun kita berjaya mendaki gunung yang curam, walaupun kita berjaya renangi lautan yang dalam,
Apabila kita sampai atau melintasi "hari ulang kelahiran" kita sendiri, jadikanlah ia titik untuk kita renungi kembali, bagaimana perjalanan diri selama ini...
Umur semakin pendek, apakah amal jua semakin pendek?
Umur itu buat lah macam mana pun, ia tidak akan bertambah..jika di panjangkan sekalipun, ia hanyalah rahmat dan belas kasihan Allah yang masih memberi ruang buat kita untuk memperbanyakkan taubat dan amal ibadat..
Tapi jika sampai atau melepasi hari ulang kelahiran kita, tidak ada sedikit pun muhasabah dan renungan di dalam hati kita tentang perjalanan kehidupan kita yang banyak dengan dosa, sedikitnya amalan yang mulia, maka kita lah manusia yang malang.............
Dan manusia yang paling beruntung adalah, kata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam, hari ini lebih baik daripada semalam, hari esok lebih baik daripada hari ini..
Astaghfirullah..mudah mudahan hari ini lebih baik daripada sebelum ini yang banyak dengan dosa, mudah mudahan hari ini lebih banyak kisah yang baik terutama kisah taubat dan kisah amal ibadat..amin ya Allah..
mohon doakan saya, amin..

Tuesday, 4 June 2013
Ingat Si Pencipta Kita
Kehidupan tidak selalu indah, jalan hidup kita tidak selalu ceria, kisah hidup kita tidak selalu bahagia,
Kadang kadang ia buruk, kadang kadang ia duka, kadang kadang ia sedih..
Namun, itu sebenarnya jalan atau cara untuk Allah jadikan hamba Nya ingat kembali kepada Dia.
Di jadikan kehidupan yang buruk, jalan yang duka, kisah yang sedih,
Untuk hamba Nya kembali menyebut "Allah, Allah, Allah.."
Sekalipun, kalimah Allah itu, kemudiannya di sandarkan kepada ayat yang lain, seperti,
"Allah, kenapa kau buat aku begini ya Allah.."
Seolah olahnya hamba Nya tidak dapat menerima apa yang terjadi, tapi Allah lebih tahu bahawa hamba Nya itu lemah..
Sekurang kurangnya, hamba Nya masih ingat menyebut "nama Nya"
T_T

Bagaimana kita Lihat Diri Kita?
Bagaimana kita melihat diri kita? Bagaimana kita merasa kagum dan bangga diri kita? Bagaimana kita memuji diri kita?
Kagumnya kita, bangganya kita, dengan diri kita, sehinggakan kita lupa untuk mengucapkan,
"Syukur ya Allah, segala galanya Engkau yang kurniakan.."
astaghfirullah..
Rendahkan egomu, rendahkan sikap banggamu, banyakkan hati mengingat Allah, banyakkan lidah mengingat Allah, nescaya sikap bangga diri, sifat kagum pada diri sendiri itu akan berkurang dan hilang, dan kembali kamu merasa rendah diri, rendah hati..
Akhirnya kita kembali ingat bahawa tidak ada apa yang perlu di kagumi, di banggai, kerana segalanya adalah kurniaan Allah, dan ia hanyalah pinjaman dari Allah, dan kelak Allah akan tanya, bagaimanakah kamu menggunakan nikmat yang Aku berikan kepada kamu? Adakah di jalan kemurkaanKu atau jalan keredhaanKu?
Astaghfirullah, wallahua'lam..

Be Yourself :)
Kita tak pasti bagaimana seharusnya untuk memahami kehendak, perasaan manusia lain..
Seolah olahnya,
"Aku buat baik pun, di katanya salah, dikatanya tak faham..kalau buat salah, lagi lah dikatanya buruk dan jahat.."
Tapi, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam sentiasa menunjukkan kisah tauladan yang baik..
Baginda Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam tak pernah mengharapkan sesiapa pun di hadapannya untuk memahami segala tindakan dan perwatakannya..
Yang baginda Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam pohon adalah mudah mudahan umat ku sentiasa di dalam hidayah dan taufiq-Nya..
be urself, jadi diri kita sendiri..
Apa makna "be urself"? Maknanya adalah berusaha jadikan diri kita buat baik, kerana "diri kita sebenarnya dicipta oleh Allah untuk menjadi hamba-Nya, iaitu untuk berbuat baik dan mencari keredhaanNya", thats all..itu je..
Soal orang nak hormat kita ke lepas tu, nak muliakan kita ke lepas tu..atau nak hina lagi ke, ikut apa lah..
Serahkan sahaja kepada Allah.. ^_^
Sifirnya cukup mudah dari Allah,
Sesiapa yang berbuat kebaikan, Allah akan hadirkan orang baik bersamanya..
Bagaimana Dia nak hadirkan tu? Serahkan sahaja kepada Allah..
Kita ikut sifir dan jalan kiranya, Insya Allah kita akan memperolehi "jawapannya", amin..
Usaha bina perwatakan baik, Insya Allah, segalanya baik, Allah sediakan disebalik ini kita..just, be patient, sabar..

Monday, 3 June 2013
Kenang Kisah Silam ^_^
Apabila duduk sendirian, mengenang kembali perjalanan kehidupan yang silam..
Tidak ada pujian buat diri kita dengan kisah kehidupan yang banyak hitam, kelam dengan maksiat dan dosa..
Astaghfirullah..
Walaupun begitu, Allah masih memberi peluang kepada kita untuk hidup,
Sekalipun, mungkin hidup itu ada sakitnya, ada peritnya, tapi ia tetap peluang daripada Allah untuk kita bina kehidupan yang lebih baik..
Kehidupan lalu, yang penuh dengan maksiat dan dosa, usaha lah ambik peluang masih hidup ini untuk merayu dan bertaubat kepada Allah..
Pesan kepada hatiku sendiri, "Allah itu ada, dan Dia sentiasa membuka ruang dan peluang untuk kita bertaubat, menghapuskan kisah silam, dan berusaha membina kehidupan yang lebih baik dan lebih mentaati perintah-Nya dan larangan-Nya.."
Aku, "thanks, terima kasih untuk kisah silam dan pengalaman kehidupan, kerana banyak mendidik ku.."

Pilihan Kita
Apabila kita berhadapan dengan keadaan yang perlu kita putuskan "apakan ini betul yang aku buat, atau apakah ini salah yang aku buat..",
Maka, setelah kita putuskan, "ini lah yang sebetulnya.."
Kemudiannya, kita pun melakukannya, tapi...........
Apabila tiba di pertengahan hal itu, kita merasakan, "apa yang aku buat ini salah, mungkin niat itu betul, tapi cara itu salah..", tapi...........
Kita dah tak dapat untuk berpatah balik ke "tempat mula mula kita boleh membuat keputusan", maka, kita jalani kehidupan itu, keadaan itu dengan keadaan hati yang tidak senang, tidak tenteram, berusaha untuk senyum, dan berdoa kepada Allah, "ampunilah aku ya Allah, sesungguhnya aku ini hambaMu yang lemah.."
Dan.....
Sesungguhnya kehidupan ini adalah "tempat Allah mendidik hamba-Nya"..
Kadang kadang kita rasakan apa yang kita putuskan untuk buat sesuatu itu, "itu lah yang betul, itu lah yang baik", tapi di sisi Allah, mungkin hal itu salah, dan buruk..
Kenapa Allah tetap teruskan langkah kita jika dah tahu hal itu salah?
Untuk mendidik kita agar lebih memahami kehidupan mana yang baik untuk dipilih selepas ini..
Insya Allah, mudah mudahan begitu, amin..

Apabila berhadapan dengan manusia yang "tak pandai" bergurau
Apabila berhadapan dengan manusia yang "tak pandai" bergurau, kadang kadang ia membuatkan kita "sensitif" dan terasa dengan setiap kata kata dan gurauannya..
"Terasa bro!" Hehe..
Cuba kembali kepada kisah hidup kita sendiri, back to our story before..
Pernah tak kita bergurau dengan sahabat kita? Guru kita? Abg kita? Pak cik kita? Atau sesiapa sahaja..
Bagaimana pula cara gurauan kita? Ada tak kita bergurau pada perkara yang tak patut? Kasar tak gurauan kita? Macam menyindir tak gurauan kita?
Astaghfirullah..
Sesungguhnya, apa yang kita lakukan kepada orang lain, begitu jua yang kita perolehi..
Astaghfirullah..
Kemudian, cuba lah bersangka baik, cuba lah, mungkin "dia" tak pandai nak bergurau, "dia" bukan sengaja..mudah mudahan Allah beri kekuatan dan kebaikan buat hati kita di dalam mencari keredhaan-Nya..
Dan PALING UTAMA, ini adalah nasihat buat ku..

Jangan Sindir Orang lain kalau Tak nk Dri Di Sindir.
Apabila kita melakukan kesalahan, atau kesilapan, atau keburukan, cepat sahaja ia menjadi perbualan manusia, terutama di sekeliling kita..
Para guru mulia ada berpesan ;
"Barangsiapa tidak mahu aibnya, atau keburukannya dibuka, atau dibicarakan oleh manusia lain, maka jagalah diri kamu pertamanya dulu, iaitu jangan dibuka aib, atau jangan dibicara keburukan orang lain."
Kita,
Apabila orang menyindir kita, membuka keburukan, aib kita,
Kita akan salahkan mereka, marahkan mereka..
Lupakah kita,
Sebelum ni, pernahkah kita "seperti mereka", iaitu menyindir orang lain, membuka keburukan orang lain, mencerita keaiban orang lain??..
Pernahkah? Astaghfirullah..
Maka, mulai detik ini, jagalah diri, jangan buka aib orang, jangan citer keburukan orang,
Insya Allah, Allah PALING UTAMA akan menjaga diri kita Dari 'diganggu' orang lain..

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)