Jangan bersedih,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih,selepas kesusahan pasti datangnya kesenangan. Jangan bersedih, kerana dunia ini tidak layak untuk ditangisi. Jangan bersedih, Allah kan Baik. ^_^ La tahzan,innallaha ma'ana

Sunday, 23 June 2013

Jangan Segan Nak Ajak Kepada Kebaikan

Benar, kadang kadang di Facebook ni, ramai yang berkata kebaikan, ramai yang "picture profile"-nya baik, bertudung labuh lah, berserban lah..dan pula, Facebook nya sentiasa di penuhi dengan sharing kebaikan, mengajak manusia ke arah kebaikan..

Tapi bila kat luar, bila terjumpa kat luar, "alamak, jauh panggang daripada api", hehe..misal kata..

Bagi saya, saya sendiri pun banyak yang tak betul, sering buat salah, buat silap, sering berdosa, sering buat dosa,

Tapi setiap kali saya ada "ilham" (hehe..) untuk menulis, untuk menaip, untuk sharing apa apa, saya sendiri akan "terfikir", akan "terasa" dengan setiap apa yang saya tulis, yang saya taip, yang saya sharing..

"Apa aku ni?? Ajak orang buat baik, kata itu baik, ini baik..jangan buat jahat..tapi aku ni? Baik sangat ke?"

Dengan sendirinya, saya muhasabah diri saya..dan mudah mudahan saya dapat menjadi baik, lebih baik dan lebih baik, Insya Allah..

Harapan saya, dan sentiasa saya doakan kepada Allah, "ya Allah, jika jasad ini sentiasa membuat dosa kepada-Mu ya Allah, jika hati ini sentiasa membuat dosa ya Allah, ampunkan aku ya Allah..ampunkan aku ya Allah..satu sahaja yang aku pinta dari-Mu ya Allah, jangan padamkan cahaya hidayah san taufiq untuk taat dan beriman kepada-Mu ya Allah, amin.."

Sesungguhnya padamnya hidayah dan taufiq dari Allah kepada seseorang hamba-Nya, maka itu lah yang paling malang, paling buruk, kerana kita tidak lagi mampu untuk kembali kepada Allah, jika tidak diizinkan-Nya..

Astaghfirullah..

Maka, jika kita buat dosa, ada buat dosa, ada buat maksiat, ada kelakuan buruk..

Jangan segan untuk bercerita kebaikan, mudah mudahan dengan asbab kita sentiasa menasihati manusia lain, mudah mudahan kita jua "dinasihati", Insya Allah..

Sama sama kita muhasabah diri, dan berusaha berubah dari buruk kepada baik, kepada lebih baik, kepada sangat baik, Insya Allah..

No comments:

Post a Comment