Apabila duduk sendirian, mengenang kembali perjalanan kehidupan yang silam..
Tidak ada pujian buat diri kita dengan kisah kehidupan yang banyak hitam, kelam dengan maksiat dan dosa..
Astaghfirullah..
Walaupun begitu, Allah masih memberi peluang kepada kita untuk hidup,
Sekalipun, mungkin hidup itu ada sakitnya, ada peritnya, tapi ia tetap peluang daripada Allah untuk kita bina kehidupan yang lebih baik..
Kehidupan lalu, yang penuh dengan maksiat dan dosa, usaha lah ambik peluang masih hidup ini untuk merayu dan bertaubat kepada Allah..
Pesan kepada hatiku sendiri, "Allah itu ada, dan Dia sentiasa membuka ruang dan peluang untuk kita bertaubat, menghapuskan kisah silam, dan berusaha membina kehidupan yang lebih baik dan lebih mentaati perintah-Nya dan larangan-Nya.."
Aku, "thanks, terima kasih untuk kisah silam dan pengalaman kehidupan, kerana banyak mendidik ku.."
No comments:
Post a Comment