sebelum ana pulang ke tempat belajar, sempat pula ana menulis, hehe.. walaupun sedikit...
moga-moga ianya bermanfaat :)
-
seorang manusia tidak akan terlepas daripada ;
1-- Pandangan manusia,
2-- Percakapan manusia,
3-- Perbuatan manusia,
4-- Penilaian manusia,
dan seumpamanya..
Sama ada pandangan itu sinis atau pujian, sama ada percakapan itu sindiran atau nasihat/mutiara kata, sama ada perbuatan itu khianat/membantu, sama ada penilaian itu negatif atau positif..
dan seumpamanya..
Memang kita tidak akan terlepas dari perkara ini, maka Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم telah meninggalkan 'bekalan' yang bernilai buat umatnya untuk mengharungi hal sebegini,
yakni TAHU, SABAR dan SYUKUR..^_^
Tahu disini bermakna kita menyedari bahawa gerak geri perbuatan kita, apa yang kita lakukan adalah sedang berjalan atau berusaha berada di jalanan keredhaan/kecintaan Allah Subhanahanu waTa'ala..
Tahu disini juga bermakna kita menyedari bahawa pada tubuh kita masih banyak kekurangan, maka kita berusaha untuk menyempurnakannya dengan sebaiknya, berharap kepada pencipta Yang Maha Agung..
kemudian, apabila kita memilih untuk bergerak ke arah keredhaan-Nya, menyempurnakan segala kekurangan sebaiknya, maka sudah pasti adanya halangan (sindiran/perli/marah/ujian atau seumpamanya), maka pilihlah untuk bersabar..^_^
kemudian, sepanjang kita harungi dengan bersabar itu, sentiasalah kita bersyukur (iaitu berterima kasih kepada Allah) kerana Allah telah menunjukkan kepada kita apa itu keredhaan-Nya/kecintaan-Nya sehingga kita berusaha melangkah, dan bersyukur jua kerana masih mengurniakan sabar kepada tubuh untuk terus melangkah ke arah-Nya..
maka ingatlah, Allah sedang memerhati gerak geri kita, dan Allah Subhanahu waTa'ala Tuhan Yang Maha Adil, tidak ada sia-sia pada segala usaha yang diri kita lakukan, dan Dia lebih mengetahui dari segala-galanya..
wallahua'lam..
P/S: jikalau ada kelapangan..ana akan menulis jazakumullahu khaira katsira wajazakumullahu wa ahsanal jaza'
Assalamualaikum..
ReplyDeletebetul tu..setiap yang berlaku ada hikmatnye..
bila ada dugaan pertama kena sabar..
lepas tu kena ambil tahun..
bila dah tahu mesti datang rasa bersyukur..sebab dipilih untuk melalui nya..
hebatkan aturan Allah.. ^_^